TENTANG KAMI

HM Legacy di terajui oleh Helmy Ramlan atau lebih mesra di kenali sebagai Along Helmy.

HM Legacy ditubuhkan berdasarkan kisah benar beliau dalam menguruskan harta pusaka arwah ayahnya pada tahun 2018. Arwah ayahnya meninggal dunia semasa masih  dalam perkhidmatan awam (belum pencen).

Antara urusan arwah ayahnya yang telah beliau selesaikan ialah:

Walaupun arwah ayahnya mempunyai wasiat, beliau sekeluarga tetap menghadapi kesulitan dan cabaran sewaktu menguruskan pengagihan harta pusaka arwah ayahnya. Ditambah lagi dengan isu MRTA/MRTT rumah arwah ayahnya.

Sewaktu beliau menguruskan segala urusan di atas, beliau dan keluarganya telah di scam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pada waktu itu, beliau dan keluarganya kekurangan ilmu mengenai pengurusan harta pusaka, menyebabkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit.
 
Berbekalkan kisah benar dan pengalaman yang telah dilaluinya, beliau bertekad untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kesedaran awal kepada masyarakat.

Dengan harapan tiada lagi yang akan menjadi mangsa scam kes pengurusan harta pusaka khususnya kos pengurusan harta pusaka yang terlampau tinggi dan prosedur pengurusan harta pusaka yang tidak betul. 

Beliau kerap melakukan seminar dan bengkel berkaitan dengan Perancangan Harta Pusaka dan Kewangan dengan tajuk Mitos vs Realiti dan Taklimat Perancangan Harta Yang Sempurna di beberapa jabatan kerajaan, sektor swasta dan NGO.

Beliau juga dijemput sebagai salah seorang panel di program bual bicara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

RAKAN KORPORAT KAMI