Jangan Biarkan Harta Pusaka Menjadi Punca Pertelingkahan

Rancang hibah, wasiat dan pengurusan pusaka dengan lebih teratur. Fahami pilihan yang tersedia sebelum sesuatu masalah berlaku.

Kami percaya bahawa Perancangan Kewangan dan Harta yang sempurna akan memberikan impak yang sangat besar kepada ahli keluarga anda. Ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan kami dan kami sedia membantu anda untuk mencipta kenangan terindah buat generasi anda akan datang.

Kenapa HM Legacy?

1. Solusi Komprehensif di Satu Platform

Perancangan Harta Pusaka
(Wasiat, Hibah dan Amanah)

Pengurusan Harta Pusaka

8 Operator Takaful dalam
1 Platform

MRTT LPPSA
(pinjaman perumahan sektor awam)

Khidmat Guaman Syarie dan Hartanah

2. Inspirasi Dari Kisah Benar, Lahir Solusi Menyeluruh

HM Legacy lahir daripada pengalaman sebenar pengasasnya dalam menguruskan harta pusaka arwah ayahnya yang penuh dengan cabaran, termasuk menjadi mangsa penipuan berkaitan pusaka.

Pengalaman ini menjadi titik permulaan kepada penubuhan HM Legacy dengan matlamat untuk membantu masyarakat merancang dan menguruskan harta pusaka dengan lebih teratur, sempurna dan berkesan.

3. Khidmat Nasihat Daripada Pengamal Sebenar

HM Legacy mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang perancangan kewangan, perancangan harta pusaka serta pengurusan pentadbiran harta pusaka.

Kami membantu memudahkan urusan berkaitan harta dan tuntutan waris yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan dan institusi kewangan, termasuk Pembahagian Pusaka Kecil, KWAP (urusan pencen), LHDN (percukaian), LPPSA, Pejabat Tanah dan JPJ, serta institusi kewangan seperti Lembaga Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB), institusi perbankan dan Takaful/Insurans.