PERKHIDMATAN - HIBAH HARTA
DEKLARASI DAN PERLAKSANAAN HIBAH
Kami memahami segala harta seperti rumah, tanah, kenderaan, barang kemas, wang simpanan, pelaburan dan saham syarikat, adalah hasil kerja keras di dalam kehidupan. Oleh itu, Perancangan Harta Yang Sempurna Semasa Hidup adalah sangat penting untuk memastikan segala harta dapat di manfaatkan kepada waris dan ahli keluarga yang anda sayangi tanpa ada kesulitan selepas ketiadaan anda.
DEFINISI HIBAH
ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain tanpa mengharap balasan.
DEKLARASI HIBAH
ialah perancangan hibah harta secara bertulis semasa hidup mengikut rukun hibah yang sempurna dan sebaiknya di buat dengan syarikat amanah di bawah Akta Amanah 1949.
JENIS HIBAH YANG DI SYORKAN
ialah Hibah Bersyarat. Pelaksanaan hibah akan berkuatkuasa selepas kematian si pemberi hibah. Selagi belum meninggal dunia, harta masih lagi hak empunya si pemberi hibah.
13 GOLONGAN YANG PERLU MEMBUAT HIBAH:
Pasangan yang tiada anak
Mempunyai anak angkat
Mempunyai anak perempuan sahaja
Mempunyai anak OKU
Mempunyai anak lelaki & perempuan
Mempunyai anak bawah umur 18 tahun
Pasangan yang membeli harta secara pinjaman bersama
Ingin memberi harta kepada sesiapa yang diingini
Berpoligami
Bujang
Usahawan yang memiliki saham syarikat
Mempunyai portfolio harta yang kompleks
Mualaf
KEBAIKAN HIBAH
- Amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam
- Memupuk kasih sayang dan mengeratkan silaturrahim
- Pemberian kepada sesiapa yang dikehendaki
- Pemberian tanpa had dan sunat menyamaratakan kepada anak-anak
- Penghibah masih boleh menikmati harta yang dihibahkan
- Alternatif penyelesaian masalah pembahagian secara faraid
- Dibuat mengikut kesesuaian dan taraf hidup penerima
- Perceraian tidak menjejaskan hak kepada pemberian hibah
Di HM Legacy, kami juga menyediakan perkhidmatan khidmat perancangan harta seperti:
- Wasiat
- Amanah
- Kes harta pusaka