TENTANG KAMI
HM Legacy di terajui oleh Helmy Ramlan atau lebih mesra di kenali sebagai Along Helmy.
HM Legacy ditubuhkan berdasarkan kisah benar beliau dalam menguruskan harta pusaka arwah ayahnya pada tahun 2018. Arwah ayahnya meninggal dunia semasa masih dalam perkhidmatan awam (belum pencen).
Antara urusan arwah ayahnya yang telah beliau selesaikan ialah:
- Pengurusan Harta Pusaka
- Pencen Terbitan dan Faedah Persaraan
- Cukai LHDN
- Pinjaman (peribadi, perumahan dan kenderaan)
- Penukaran nama di dalam geran tanah (rumah) dan kenderaan bagi menggantikan nama arwah ayahnya kepada nama benifiseri (penerima harta pusaka)
Walaupun arwah ayahnya mempunyai wasiat, beliau sekeluarga tetap menghadapi kesulitan dan cabaran sewaktu menguruskan pengagihan harta pusaka arwah ayahnya. Ditambah lagi dengan isu MRTA/MRTT rumah arwah ayahnya.
Dengan harapan tiada lagi yang akan menjadi mangsa scam kes pengurusan harta pusaka khususnya kos pengurusan harta pusaka yang terlampau tinggi dan prosedur pengurusan harta pusaka yang tidak betul.
Beliau kerap melakukan seminar dan bengkel berkaitan dengan Perancangan Harta Pusaka dan Kewangan dengan tajuk Mitos vs Realiti dan Taklimat Perancangan Harta Yang Sempurna di beberapa jabatan kerajaan, sektor swasta dan NGO.
Beliau juga dijemput sebagai salah seorang panel di program bual bicara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
RAKAN KORPORAT KAMI









